Tahukah Anda??
Dijangkakan hanya 20% sahaja pelawat akan menekan pada iklan PPC. Ini adalah berita baik kerana ia seharusnya di tekan oleh mereka yang benar-benar berminat. Ini menunjukkan iklan tersebut disasarkan kepada pelawat tertentu.
Sebab-sebab utama seseorang individu melalukan pengiklanan PPC adalah pertama, laman web mereka belum dioptimasikan sepenuhnya untuk diindekskan ke search engine result page, kedua, pemangkin untuk mendapatkan pulangan pelaburan (ROI) dalam jangka masa pendek dari segi kedatangan trafik ke laman web mereka untuk menghasilkan jualan.
Pada situasi pertama, pemilik laman web harus mengoptimasikan laman web dengan keyword yang berkaitan dengan perniaggaannya supaya ianya dapat diindeks oleh robot kedalam search engine. Proses ini mengambil masa yang lama dari beberapa hari sehingga beberapa minggu sebelum mendapat hasil.
Situasi kedua pula, pengiklan dapat mengiklankan laman web mereka dengan kadar segera sebaik-sahaja iklan PPC mereka diluluskan. Walaubagaimanapun, terdapat strategi untuk memastikan pengiklanan PPC berkesan.
Strategi utama adalah pemilihan keyword yang fokus dan berkait rapat dengan laman web. Pemilihan keyword yang terlalu umum akan menyebabkan kos pengiklanan bertambah maka cara untuk mengatasinya adalah mencari keyword atau frasa yang panjang tetapi masih mempunyai jumlah trafik yang memadai.
Untuk itu, penggunaan alatan-alatan yang sesuai diperlukan untuk mencari keyword ekor panjang (long tailed keyword) bagi menemui keyword-keyword tersembunyi yang murah kos bidaan dan mempunyai jumlah trafik yang banyak.
Ebook Impak Search Marketing ada menerangkan kaedah bagaimana untuk mencari 1000 keyword long tail dengan mudah dengan mengguna formula Keyword Matrix..